Thursday, October 3, 2019

AYAM PANGGANG SEDAP

Bahan-bahan
2 ekor ayam - 1.5 kg tiap-tiap seekor (dibersihkan dan dibelah dua)
3/4 cawan marjerin
2 biji bawang besar (diparut)
1.2 litre air
2 keping asam gelugur
Tumbuk
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 tangkai daun ketumbar (dicincang)
Perasa
garam & lada sulah secukup rasa
air daripada 2 biji limau nipis
1 sudu teh buah pala parut
2 sudu teh kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
sedikit gula
Cara-cara
• Sapukan bahan perasa pada ayam hingga rata. Ketepikan ayam selama 2-3 jam.
• Panggang ayam sehingga perang keseluruhannya. Ketepikan.
• Pijarkan marjerin di atas api yang sederhana. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu. Masukkan baki bahan kecuali daun ketumbar.
• Masukkan ayam. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga ayam menjadi empuk dan hanya sedikit kuah sahaja yang tinggal. Tambahkan bahan perasa secukup rasa. Angkat kuali dari api.
• Sendukkan keluar dan hidangkan panas-panas. Hiaskan dengan daun ketumbar.

No comments:

Post a Comment