Wednesday, October 30, 2019

BOTOK IKAN



BOTOK IKAN


Bahan-bahan

1 ekor ikan tenggiri yang sederhana
2 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
25 biji lada padi
sedikit belacan
6 biji buah keras
kunyit, halia dan cekur sebesar ibu jari
1 batang serai (dititik)
lengkuas sebesar ibu jari (dititik)
1 sudu makan ketumbar
1/3 sudu makan jintan halus
santan secukupnya dari 3/4 biji kelapa
garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

·         Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.
·         Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.
·         Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan lengkuas.
·         Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
·         Masukkan santan, garam dan perasa.
·         Setelah mendidih masukkan ikan.

Tuesday, October 22, 2019

MEE REBUS


Mee Rebus


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur 
Sedikit daun sup - hiris nipis 
Sedikit daun bawang - hiris nipis 
Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua 
Telur rebus - belah dua


Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa 
garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato 
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
·         Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
·         Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
·         Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 
·         Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....

Monday, October 21, 2019

ASAM PEDAS TUMIS (MELAKA)


Asam Pedas Tumis (Melaka)

Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 



Cara memasak:
·         Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
·         kemudian masukkan bwg merah ..tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
·         Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
·         Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
·         Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.  
·         Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
·         Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
·         Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
·         Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
·         Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
·         Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa. 

Tips : 
·         Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar.
·         Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...

Sunday, October 20, 2019

DAGING DENDENG


DAGING DENDENG


Bahan-bahan

500 gm daging lembu
1 biji kelapa parut
2 biji telur ayam
5 sudu makan tepung kanji
3 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
2 sm lengkuas dititik

Tumbuk

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan
2 sudu kecil ketumbar
4 biji cili merah

Cara-cara

·         Potong sebesar ibu jari dan ketuk daging sehingga lembut.
·         Gaul daging bersama rempah yang telah dikisar. Perak selama 10 minit.
·         Tuangkan kelapa parut, kemudian kacau biar sebati bersama daging dan rempah.
·         Kacau telur dan masukkan bersama tepung kanji dan kacau lagi.
·         Goreng daging dalam minyak yang panas sampai warnanya kelihatan kekuningan barulah diangkat.



Tuesday, October 15, 2019

AYAM GOLEK SERI PAHANG


Ayam Golek Seri Pahang


Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak: 
·         Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
·         Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
·         Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
·         Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman, 



Monday, October 14, 2019

AYAM BERIANI

AYAM BERIANI
Bahan-bahan
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis
Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara-cara
• Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
• Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
• Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
• Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
• Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api.


Sunday, October 13, 2019

Mee Hailam



MEE HAILAM


Bahan-bahan

1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)


Cara-cara

·         Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
·         Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
·         Masukkan sayur2 an dan mie.

KWAY TEOW MIKRO

KWAY TEOW MIKRO
Bahan-Bahan
1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan
Cara Cara
• Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
• Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
• Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

Thursday, October 10, 2019

MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)


Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan.

Thursday, October 3, 2019

AYAM PANGGANG SEDAP

Bahan-bahan
2 ekor ayam - 1.5 kg tiap-tiap seekor (dibersihkan dan dibelah dua)
3/4 cawan marjerin
2 biji bawang besar (diparut)
1.2 litre air
2 keping asam gelugur
Tumbuk
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 tangkai daun ketumbar (dicincang)
Perasa
garam & lada sulah secukup rasa
air daripada 2 biji limau nipis
1 sudu teh buah pala parut
2 sudu teh kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
sedikit gula
Cara-cara
• Sapukan bahan perasa pada ayam hingga rata. Ketepikan ayam selama 2-3 jam.
• Panggang ayam sehingga perang keseluruhannya. Ketepikan.
• Pijarkan marjerin di atas api yang sederhana. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu. Masukkan baki bahan kecuali daun ketumbar.
• Masukkan ayam. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga ayam menjadi empuk dan hanya sedikit kuah sahaja yang tinggal. Tambahkan bahan perasa secukup rasa. Angkat kuali dari api.
• Sendukkan keluar dan hidangkan panas-panas. Hiaskan dengan daun ketumbar.