Resepi Lauk Kampung
Monday, June 29, 2020
Mi Rebus kuah kaw kaw
Mi rebus
400g mi kuning (dicelur)
7 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
100g udang kering*
1 batang serai*
1 inci halia*
1 inci Lengkuas*
2 batang serai diketuk
500g keledek Oren (direbus & dikisar)
150g udang kertas (dikisar)
1 senduk cili kisar
3 sb serbuk kari
1 buku gula kabung
2 sb tepung jagung
Garam secukupnya
1 sb gula pasir
2 senduk Minyak masak
2 sb jintan Manis+1 sk jintan putih( disangai Dan ditumbuk halus)
Bahan hiris
2 keping tahu digoreng
2 batang cili besar hijau
1 batang cili besar merah
Daun sup
Telur (direbus)
Taugeh (dicelur)
Limau kasturi
Bawang goreng
Caranya:
1. Kisar semua bahan*.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik aromanya.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga garing.
4. Bancuh rempah kari dengan sedikit air dan tumis sehingga masak.
5. Masukkan rempah yang telah disangai, udang Dan keledek Oren yang telah dikisar. Tambah semangkuk air. Kacau sehingga mendidih.
7. Masukkan garam secukupnya, gula pasir, gula kabung, Dan tepung jagung.
8. Kacau sehingga mendidih.
9. Siap untuk menjamu selera.
Sunday, June 28, 2020
Resepi Ikan Cencaru sumbat belakang cicah kuah kicap
3 ekor ikan cencaru dibelah belakang
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 tangkai cili besar merah*
15 biji cili api*
3 batang serai*
1 inci halia*
1 inci Lengkuas*
Bahan kuah kicap
10 sb kicap
3 biji limau
1 senduk minyak yang bergoreng
Cara-caranya
1. Potong semua bahan yang bertanda * dan kisar sehingga halus.
2. Gunakan air yang sedikit utk mengisar bahan.
3. Tapis bahan yang telah dikisar dan buang airnya.
4. Masukkan satu sudu kecil garam dan digaul sehingga sekata.
5. Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan.
6. Goreng sehingga masak.
7. Ambil satu senduk Nasi minyak yang telah digoreng bersama bahan- bahan yang garing, masukkan ke mangkuk. Masukkan kicap, perah limau Serta bahan di belakang ikan yang telah digoreng. Gaul hingga sebati.
8. Siap untuk dihidangkan.
Friday, June 19, 2020
Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak PKPP
Bahan²
2 keping Ikan jenahak
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*
1 inci halia*
1 inci Lengkuas*
½ inci kunyit hidup*
3 batang serai (diketuk)
1 senduk cili kisar
1 sb gula pasir
1 sb asam jawa
3 sk garam
1 sk serbuk Lada hitam
1 liter air
1 terung panjang ungu
1 biji tomato
1 senduk minyak masak
Cara²
1. Tumbuk semua bahan yang bertanda* sehingga lumat.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan cili kisar, kacau no sehingga cili masak dan masukkan sedikit air. Tunggu sehingga cili garing.
4. Masukkan air asam jawa dan juga lebihan air yang tinggal. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula, Serta terung bersama tomato.
6. Setelah terung layu masukkan ikan. Hati² ketika mengacau. Elakkan ikan jadi hancur. Masakkan ikan dalam 4-5 minit.
7. Masukkan Lada hitam. Kacau seketika.
8. Angkat dan boleh dihidangkan
Monday, June 8, 2020
Sunday, June 7, 2020
Wednesday, October 30, 2019
BOTOK IKAN
BOTOK IKAN
Bahan-bahan
1
ekor ikan tenggiri yang sederhana
2
biji bawang besar
5
biji bawang kecil
5
ulas bawang putih
25
biji lada padi
sedikit
belacan
6
biji buah keras
kunyit,
halia dan cekur sebesar ibu jari
1
batang serai (dititik)
lengkuas
sebesar ibu jari (dititik)
1
sudu makan ketumbar
1/3
sudu makan jintan halus
santan
secukupnya dari 3/4 biji kelapa
garam
dan perasa secukupnya
Cara-cara
·
Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.
·
Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.
·
Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan
lengkuas.
·
Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
·
Masukkan santan, garam dan perasa.
·
Setelah mendidih masukkan ikan.
Tuesday, October 22, 2019
MEE REBUS
Mee Rebus
Bahan-bahan:
1
paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50
sen Taugeh - celur
Sedikit
daun sup - hiris nipis
Sedikit
daun bawang - hiris nipis
Bawang
goreng
4
keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5
biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau
nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur
rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit
minyak untuk menumis
4
sudu cili kering yang di kisar
3
biji bawang merah - kisar
3
sudu lengkuas yang di kisar
4
batang serai dikisar halus
2
biji bawang putih - kisar
RM
3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm
udang hidup - direbus dan kisar halus
1
kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3
sudu gula atau secukup rasa
garam
secukup rasa
Sedikit
ajinomoto
4
sudu sos tomato
Air
- agak-agaklah
Cara memasak:
·
Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili
kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau
wangi.
·
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
·
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air
secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
·
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
Monday, October 21, 2019
ASAM PEDAS TUMIS (MELAKA)
Asam
Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan
serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo
melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8
ulas bawang merah
2
ulas bawang putih
sebesar
ibu jari kaki belacan
kunyit
hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air
asam jawa
cili
yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2
sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit
halba
sedikit
halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam
secukup rasa
Cara memasak:
·
Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
·
kemudian masukkan bwg merah ..tumbuk separuh
lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
·
Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
·
Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5
biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
·
Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah
ditumbuk tadi.kacau.
·
Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah
pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
·
Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat
sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
·
Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa
tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
·
Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
·
Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk
sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
·
Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
·
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan
pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar.
·
Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah
bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan
sampai hangit) jika tak tak sedap...
Sunday, October 20, 2019
DAGING DENDENG
DAGING DENDENG
Bahan-bahan
500
gm daging lembu
1
biji kelapa parut
2
biji telur ayam
5
sudu makan tepung kanji
3
sudu makan gula pasir
garam
secukup rasa
2
sm lengkuas dititik
Tumbuk
5
biji bawang merah
5
ulas bawang putih
1
sudu kecil jintan
2
sudu kecil ketumbar
4
biji cili merah
Cara-cara
·
Potong sebesar ibu jari dan ketuk daging sehingga lembut.
·
Gaul daging bersama rempah yang telah
dikisar. Perak selama 10 minit.
·
Tuangkan kelapa parut, kemudian kacau biar sebati bersama
daging dan rempah.
·
Kacau telur dan masukkan bersama tepung kanji dan kacau
lagi.
·
Goreng daging dalam minyak yang panas sampai warnanya
kelihatan kekuningan barulah diangkat.
Tuesday, October 15, 2019
AYAM GOLEK SERI PAHANG
Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1
ekor ayam (dibersihkan)
300
gm bawng merah (dikisar halus)
5
cm halia (dititik)
2
sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2
biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam
dan gula secukup rasa
Cara memasak:
·
Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam
gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan
perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
·
Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari
semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
·
Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10
minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang
selebihnya.
·
Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.
hidangkan bersama minuman,
Monday, October 14, 2019
AYAM BERIANI
AYAM BERIANI
Bahan-bahan
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis
Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara-cara
• Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
• Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
• Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
• Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
• Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api.
• Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
• Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
• Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
• Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
• Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api.
Sunday, October 13, 2019
Mee Hailam
MEE HAILAM
Bahan-bahan
1
kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6
biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah
ayam/udang/sotong
sos
tiram
garam
secukup rasa
6
biji cili api
3
sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur
(kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara-cara
·
Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan
rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
·
Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan
air tepung jagung utk pekatkan kuah.
·
Masukkan sayur2 an dan mie.
Subscribe to:
Posts (Atom)